Saturday 11 January 2014

Siaappp Karipap Gergasi!!!

 Alhamdulillah, syukur kepada Mu kerana permudahkan rezeki ku didalam perniagaan karipap gergasi ni ... terima kasih tidak terhingga juga kepada pelanggan-pelanggan sekitar yang order karipap gergasi ni ... dengan harapan uolllllssss berpuas hati ye ... klau sedaaap leh order lagi ... heeeee


Ini pula adelah respond dari kawan-kawan fb Acik Wawa ... terima kasih semua ...

Kepada yang nak order karipap gergasi ni boleh pm saya di no 012-380 6535, whassap pon boleh , pm di fb pon boleh .... mane2 laaa asalkan boleh di hubungi ....


Sunday 5 January 2014

Karipap Gergasi Inti Ayam

Assalamualaikum dan selamat malam kepada mereka yang sudi jejak blog Karipap Gergasi@Waffiz Kitchen ni ... heeee, dengan harapan semuanya sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt hendaknya ...

Sambungan dari entri Part 1 , ini pula sambungan untuk bahagian inti pula. Didalam tekak ni memang dah terasa-rasa kalau inti kentang + telur rebus + ayam goreng yang di carik-carik + daun soup + bawang goreng .. mesti besst kan ...? dah terbayang-bayang rasanya ... heheeee

Maka terjadilah inti seperti di atas ... ok ke ...?


Sejarah Karipap Gergasi@Waffiz Kitchen

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog Karipap Gergasi@Waffiz Kitchen ni ... heeee, gambar di atas adalah ciptaan pertama saya didalam pembuatan karipap gergasi ... ok tak ...?

Sebenarnya, tercetusnya idea nak buat karipap gergasi ni adalah di sebabkan pada suatu hari tu .... jeng jeng jeng ... heee, apabila penyakit M datang melanda tetapi teringin sangat nak makan karipap buatan sendiri. Saya pernah pergi ke rumah kawan yang menjalankan perniagaan di kantin sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan. Kebetulan ketika itu, pekerja mereka sedang menyediakan karipap yang agak besar juga pada waktu itu, tapi tak laa besar seperti yang saya sediakan ni. Bukan saiz karipap itu yang menarik minat saya, tetapi inti karipap tu yang memang sukar saya nak lupakan sehingga hari ini, lebih kurang 12 tahun dahulu, lamakan ...? heeee

Saya memang tak pandai buat karipap, terus terang saya memang tak pandai buat kuih-muih tradisional melayu ni, sama ada yang goreng, kukus dan sebagainya. Sebab kurang minat untuk menyediakan makanan yang remeh-temeh ni ... heeee.

Sehinggalah suatu hari, pada waktu itu bulan puasa saya memang teringin nak makan karipap yang berintikan inti karipap yang saya pernah rasa 12 tahun yang lalu. Saya google cara bagaimana nak buat doh karipap yang rangup, walaupon sejuk tetapi rangup.Selalu kalau beli, sedikit menghampakan ... kekadang tepung lebih tebal, kekadang lemau .... sorry jangan ada yang terasa tau, ini ikut pengalaman sendiri bukan nak condemn sesiapa yang buat karipap ... heee

Akhirnya, jumpa juga resipi doh tu ... saya cuba dan hasilnya Alhamdulillah .... saya suka sangat, mudah faham dan mudah buat ... rangup walaupon dah sejuk, saya suka makan karipap yang kulitnya nipis dan inti banyak , baru terasa kepuasannya .... Anda pula bagaimana ...??

Next entry ..... stay tuned ...





Pengenalan Karipap Gergasi@Waffiz Kitchen


Perniagaan Waffiz Kitchen diusahakan di No. 2 Kedai PLB,Pantai Batu Laut,42800 Tanjong Sepat,Selangor.
Waffiz Kitchen menyediakan juadah Karipap Gergasi berkualiti tinggi dengan saiz yang lebih besar, lebih sedap, harga berpatutan dan pasti akan berpuas hati.

Lokasi Penghantaran (caj tambahan akan dikenakan):
-Sekitar Sepang & Kuala Langat
-Luar Kawasan (boleh dirunding)
-Lebih dari 100 biji penghantaran Percuma (Sepang & Kuala Langat sahaja)

Harga :
-Karipap Frozen -1 biji = RM 3.00 (sardin, ayam, daging atau bebola daging)- tiada telur rebus, lebih inti
-Karipap Goreng - 1 biji = RM 3.00 (sardin, ayam, daging atau bebola daging) – ada telur rebus
-Karipap Frozen + Cheese-1 biji = RM 4.00 (sardin, ayam, daging atau bebola daging) - tiada telur rebus, lebih inti
-Karipap Goreng +Cheese- 1 biji = RM 4.00 (sardin, ayam , daging atau bebola daging) - ada telur rebus

Untuk Tempahan:
-Sesuai untuk majlis perkahwinan, pertunangan, berkhatan, kenduri-kendara, mesyuarat pejabat kerajaan, majlis makan-makan, hari jadi dsb.
-Bungkusan-bungkusan yang menarik juga disediakan khas mengikut kehendak pelangan jika ingin dibuat sebagai cenderahati, ‘berkat’ atau ‘door gift’ seperti majlis perkahwinan & majlis berkhatan dsb.

Online Payment/Postage:
1.Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan lebih daripada 20 biji deposit diperlukan, separuh daripada harga tempahan (tidak dikembalikan), ke Akaun Maybank (162058650308 Saluah Bt. Mundagir)

2.Bagi Pelanggan yang ingin membuat tempahan bawah 20 biji di cadangkan datang sendiri ke premis kami (bayaran TUNAI)
di alamat berikut: No. 2 Kedai PLB,Pantai Batu Laut,42800 Tanjong Sepat, Selangor.





Waffiz Kitchen  mengusahakan Karipap Gergasi berkualiti tinggi yang disediakan secara tradisional
"Lebih Besar, Lebih Sedap, Lebih Berkualiti Tinggi, Harga Berpatutan & Handmade"
.... Rasa Sekali Pasti Nak Lagi!

Hubungi : 
Acik Wawa - 012-3806535
Hafiz - 017-2273278
Office – 03-3148 1250